Monday, 29 July 2013

JANGAN BERHENTI BERLARI~~

ramadhan berbaki 10 hari lagi...
masya allah, sekejap je rasa masa berlalu...

bagaimana amalan aku di bulan penuh barakah ini???
astaghfirullah...

~PERKONGSIAN TAZKIRAH~

usai 4 rakaat solat tarawih tadi, 
kami disajikan dengan "KUNTUM"
Kuliah Tujuh Minit...
(cakap je tujuh minit tapi lama jugak.. :) )

tapi itu bukan persoalannya...
walaupun lama,
 tapi bosan sedikit pun tak bertamu dijiwa...

akhi tu berkongsi tentang "malam lailatul qadar"
jadi kesempatan yang ada,
walau tak dapat untuk melontarkan suara,
cukup la dengan penulisan ini sahaja,
yang penting mendapat manfaat daripadanya,
insya Allah...

dalam 1 tahun ada banyak bulan,
yang Allah persiapkan kepada hambanya  1 bulan yang penuh barakah
iaitu bulan ramadhan,
dalam 1 bulan ada banyak hari dan banyak malam, 
Allah sajikan kita dengan 1 malam,
malam keampunan,malam yang lebih baik dari seribu bulan
 iaitu malam lailatul qadr...

tahukah anda tentang sejarah lailatul qadr?
bagaimana wujudnya lailatul qadr?

pada zaman sahabat dahulu kala,
 mereka diceritakan tentang hamba allah yang sebelumnya, 
yang allah berikan kelebihan kepada mereka,
 iaitu nikmat umur yang panjang, 500 tahun lamanya...
mereka menggunakan sepanjang hidup mereka
 untuk beribadah kepada Allah SWT.
maka, dijadikan cerita, 
sahabat rasulullah SAW, datang bertemu nabi lalu berkata kepada baginda:
"ya rasulullah, kami juga ingin Allah panjangkan umur kami seperti mereka yang sebelumnya"
lalu turunlah surah al-qadr ayat 3 yang bermaksud
"malam al-qadr lebih baik daripada 1000 bulan"

apakah amalan yang boleh kita lakukan pada malam lailatul qadr?
~qiammullail
~ membaca al-quran
~tadabbur al-quran
~zikrullah

siapakah pemilik lailatul qadr?
ialah mereka yang rajin mencari 
bukan hanya menanti...

ayuh bersama mencari malam yang dimaksudkan ini,
moga kita bertemu dengannya nanti,
amin...

"ALLAHUMMA BARIKLANA FI RAMADHAN,
ALLAHUMMA BARIKLANA FI RAMADHAN,
ALLAHUMMA BARIKLANA FI RAMADHAN...
WA BALLIGHNA LAILATUL QADR,
WA BALLIGHNA LAILATUL QADR,
WA BALLIGHNA LAILATUL QADR, AMIN"


Wednesday, 17 July 2013

Allah tahu kita mampu~~



Allahu rabbi,
perlahan manik putih membasahi pipi,
saat mendengar khabar gempa bumi
tempat kami barusan pergi,
bersama permata hati,
walau hanya untuk beberapa hari...

makin hiba kurasa,
bila tempat persinggahan kami di takengon aceh terlibat jua.




makin sedih bila mendengar khabar anak-anak yatim di sana,
yang kami baru tinggal kan mereka dalam kesedihan yang belum ketemu noktahnya... 
malah, kini diuji berlipat kali ganda...

 kejamkah takdir yang Allah surat kan buat mereka???
astaghfirullah, tidak!!tidak!!tidak!!

ketahuilah setiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya,
Allah uji tanda Allah sayangkan kita,
kasihkan kita sebagai hambanya,
malah bersyukurlah kerna Allah masih pandang kita,
pilih kita untuk di uji nya...
Allahu rabbiii...

Allah tahu kita mampu, 
sebab tu Allah uji begitu,
kerna ujian datang bukan "main" serbu,
tapi Allah tahu,
satu persatu...

satu Allah tarik,
berkali ganda Allah ganti balik...

satu yang hilang,
bukan bermakna nasib kita malang...

tadahkanlah tangan,
memohon keampunan...
minta pertolongan...
kurangkan beban,
tambahkan keimanan,
ketakwaan,
berikan kekuatan untuk teruskan kehidupan,
dari ya rahman~~

*khemah dibina di tengah padang sebagai tempat berlindung..




Sunday, 14 July 2013

nape??? tak percaya???


"percakapan itu satu doa"
kenapa???
tak percaya???

manusia memang susah nak percaya,
melainkan bila berlaku pada diri empunya..

kalau kita cakap benda baik,
tak de kita dapat hasil umpama taik...(OPSS)
:)

begitu juga kalau cakap benda buruk,
so kita akan jadi teruk...

~`SEKADAR SATU PERKONGSIAN RINGKAS...~

benda ni berlaku kat diri aku sendiri...
sebab tu aku percaya, ehhehe..

masa kecik-kecik dulu mak selalu cakap
"kak wa makan nasi sampai habis, dua suap je lagi"
aku pun jawab "tak la mak, banyak suap lagi ni, dah kenyang la"
mak cakap lagi "tak-tak, sikit je lagi tu, ce suap dulu"
"tak baik buang makanan, kene makan sampai habis, suapan akhir tu penuntu masukUIA nanti"


aku pun bersungguh la makan jugak nasi tu, sebab mak cakap boleh masuk UIA.
mase tu U pun aku tak tau apa, ye la aku ni anak sulung,,,
tambah pulak masa tu umur aku baru 5 tahun,,,
dan ketahuilah, tu la ayat mak aku setiap kali aku cuba nak habis kan makanan..
"suapan akhir tu penentu masuk uia tu"
aku pun pelik nape mak cakap uia, bukan u lain, hehehe
sampai sekarang aku ingat... dan aku takkan lupakan..

dan saat ni aku dh pun berada di uia...
saat pertama kali aku tau aku dapat UIA,
ya allah, sikit pun aku tak percaya dan aku tak rasa aku dapat masuk u pun masa tu...
sebab result spm aku tak hebat pun... 
tapi serious  rasa nye dgn keputusan macam tu mmg tak bole masuk u la..
tapi bila dapat, mak aku la orang pertama ucap "alhamdulillah" tanda syukur..
aku???
bukan tak bersyukur tapi masih terkejut..
tak tau nak respon macam mana...

sampaikan adik aku yang no 3 tanya kat mak
"mak, kak wa tak gembira ke dapat masuk uia???
nape dia tak senyum pun???"
mak cakap "kak wa gembira, cuma dia tak tunjuk je tu"

adik aku pun ade tanya "kak wa,macam mana awk boleh masuk UIA?
hanan pun nak masuk uia mcm awk... result awk mcm tu je tp boleh msuk UIA,
best nyerrrrr"
aku pun cerite la kisah mak aku yang selalu cakap mcm tu
"suapan akhir tu penentu masuk uia tu"
die cakap lagi "mak ade tak cakap mcm tu kat hanan?? awk igt x??"
"kak wa xingat la pulak" aku senyum je..hehe



ITULAH BUKTI "CAKAP TU DOA"

AYUH KITA CAKAP YANG BAIK2,
TAMBAH PULAK BULAN PUASA NI

"RAMADHAN KAREEM"





Thursday, 11 July 2013

"aceh, kami datang"

"2ND HUMANITARIAN TRIP TO ACEH"
JAULAH IBADAH, PENUH BARAKAH 


*bersama anak-anak yatim di takengon aceh


hati yang dibawa pergi 
tak sama dengan yang dibawa kembali...

sepi,
tak seperti perjalanan pergi,
semua hepi,
umpama nak jumpa jantung hati...

saat tiba,
disambut dengan pelbagai acara,
yang tak pernah dilihat dan dirasa,
suka, suka, suka...

seminggu disana berlalu begitu saja,
tak sedar dah sampai ke penghujungnya,
tapi aku tau aku tiggalkan sesuatu buat mereka,
banyak aktiviti kami buat bersama,
makan, main, solat dan lain-lain yang tak terkira,

kasih sayang yang kami semai,
usapan kasih dan belai,
buat mereka permata hati yang sangat bernilai...

satu ayat yang tersangat menyentuh hati dan sanubari;
"tak ada yang saya pingin dalam hidup ini,
melainkan apa yang saya rasa dan dapat saat ini,
kasih sayang yang suci,
terima kasih kak untuk semua ini"

detik terakhir bersama mereka,
sungguh buat semua berduka,
deraian air mata membasahi pipi setiap empunya,
perit terasa untuk perpisahan yang kami cipta,
kerna jarak memisahkan kita,
lama kami bersama,
untuk saling berkongsi rasa,
walau dilarang untuk kembali ke malaysia,
tapi apa kan daya kami terpaksa pulang jua...


terlalu banyak yang nak dicerita,
tapi cukuplah sampai disini saja~~