ramadhan berbaki 10 hari lagi...
masya allah, sekejap je rasa masa berlalu...
bagaimana amalan aku di bulan penuh barakah ini???
astaghfirullah...
~PERKONGSIAN TAZKIRAH~
usai 4 rakaat solat tarawih tadi,
kami disajikan dengan "KUNTUM"
Kuliah Tujuh Minit...
(cakap je tujuh minit tapi lama jugak.. :) )
tapi itu bukan persoalannya...
walaupun lama,
tapi bosan sedikit pun tak bertamu dijiwa...
akhi tu berkongsi tentang "malam lailatul qadar"
jadi kesempatan yang ada,
walau tak dapat untuk melontarkan suara,
cukup la dengan penulisan ini sahaja,
yang penting mendapat manfaat daripadanya,
insya Allah...
dalam 1 tahun ada banyak bulan,
yang Allah persiapkan kepada hambanya 1 bulan yang penuh barakah
iaitu bulan ramadhan,
dalam 1 bulan ada banyak hari dan banyak malam,
Allah sajikan kita dengan 1 malam,
malam keampunan,malam yang lebih baik dari seribu bulan
iaitu malam lailatul qadr...
tahukah anda tentang sejarah lailatul qadr?
bagaimana wujudnya lailatul qadr?
pada zaman sahabat dahulu kala,
mereka diceritakan tentang hamba allah yang sebelumnya,
yang allah berikan kelebihan kepada mereka,
iaitu nikmat umur yang panjang, 500 tahun lamanya...
mereka menggunakan sepanjang hidup mereka
untuk beribadah kepada Allah SWT.
maka, dijadikan cerita,
sahabat rasulullah SAW, datang bertemu nabi lalu berkata kepada baginda:
"ya rasulullah, kami juga ingin Allah panjangkan umur kami seperti mereka yang sebelumnya"
lalu turunlah surah al-qadr ayat 3 yang bermaksud
"malam al-qadr lebih baik daripada 1000 bulan"
apakah amalan yang boleh kita lakukan pada malam lailatul qadr?
~qiammullail
~ membaca al-quran
~tadabbur al-quran
~zikrullah
siapakah pemilik lailatul qadr?
ialah mereka yang rajin mencari
bukan hanya menanti...
ayuh bersama mencari malam yang dimaksudkan ini,
moga kita bertemu dengannya nanti,
amin...
"ALLAHUMMA BARIKLANA FI RAMADHAN,
ALLAHUMMA BARIKLANA FI RAMADHAN,
ALLAHUMMA BARIKLANA FI RAMADHAN...
WA BALLIGHNA LAILATUL QADR,
WA BALLIGHNA LAILATUL QADR,
WA BALLIGHNA LAILATUL QADR, AMIN"
No comments:
Post a Comment